Ni adalah makanan tradisi kaum Kadazan Dusun..Ini dipanggil "BOSOU" dalam bahasa Dusun atau "JERUK" dalam bahasa Melayu.. Bosou nie dibuat dari nasi hasil campuran samaada ikan, udang, daging ataupun sayur-sayuran lalu dicampurkan dengan "PANGI" iaitu bahan pengawet untuk mengelakkan ianya dari menjadi basi dan busuk.
Actually, Bosou ni makanan wajib bagi saya and family..He..He..He.. Harus dan wajib ketika menjamah makanan terutama sekali bila berkumpul bersama seluruh ahli keluarga..Itu kami panggil "KERAMAIAN" atau "ARAMAI TIIIHH!!!".. He..He..He.. Biasanya Bosou yang paling Tip Top adalah Bosou Ikan dan Bosou Sayur iaitu isi batang pisang.. Sodap You...
Ada yang suka makan Bosou nie macam tu ja..Lahap je beb..tp ada yang suka, makan selepas ianya di goreng..jadi rasanya bertambah-tambah sedap...uiiii...berliur uda sa... Ha..Ha..Ha..
Pada sesiapa yang berminat untuk mencuba BOSOU ikan ka, sayur ka atau udang.. bolehlah cari di Tamu Donggongon, Pasar Donggongon dan di mana-mana pasar atau tamu la..
"Selamat Mencuba"...
2 comments:
wah... makanan tradisional sabah.
sia tia pandai makan bosou. tapi hinava and tuhau saya sangat suka...
:)
Jarang ba orang suka makan bosou.. One thing, sebab dia pnya bau, org nda suka cium..he..he..he..
Post a Comment