Thursday, April 17, 2008

Jom DOWNLOAD Lagu... Best..

Hai Kawan-Kawan..

Kalu minat nak download lagu tu, apa kata, klik link kat bawah nie.. Pas tu, create akaun and bolehlah download lagu yang kita nak.. Video klip pun ada.. Yang bestnya, kat sini pun ada game juga tau.. Itu bagi mereka yang berminat nak main game untuk release tension.. Percayalah..Macam-macam adaaaaaaaaaaaaa bah...

Jom Bersama Moin..

Selamat pagi kawan-kawan.. hari ini, saya mahu memperkenalkan adik angkat saya. Namanya Moin, berasal dari Pahang..Dia ni kalu nak tau….. masih available @ bujang..Dia bilang “jom la, berkenalan dengan dia melalui emailnya moin_modern@yahoo.com .. Dia baru sahaja bertugas di Sabah pada bulan November 2007 dan merupakan kali pertama ke Sabah, Negeri Dibawah Bayulah katakan… He’s very charming & friendly. Let know him better…….

Ini adalah post dia semasa berkelah di Sungai Moyog, Penampang. Dia dah dua kali datang berkelah di sana. Katanya, tempat tu best, bersih, airnya yang jernih ditambah lagi dengan pemandangan alam semulajadi yang indah... Orang tua-tua kata, sejuk mata memandang...

Di bawah ini gambar-gambarnya berkelah bersama-sama rakan-rakannya...

Emm en moin, tengah mengenang saham naik ke jatuh tu?

Puas mandi manda, perut pun da berkeroncong... Tp eh, makanan belum ready??? Alamak.... Mandi lagi la...


Emm..Geramnya.. Aku menari JOGET PAHANG sementara menunggu makanan ready... Jom la, join sekali..






Wednesday, April 16, 2008

---> Air Terjun MAHUA <------

Selamat petang semuaaaaa… petang-petang macam nie, jangan stresskan diri ya.. Kalu pening kepala, pejam mata, tarik nafas dan hembus perlahan-lahan... Rehatkan diri 5 minit sekurang-kurangnya...

Cerita pasal stress nie, pada sesiapa yang berminat nak rileks dan camping kat hutan.. Sy nak suggest u guys p kat ”Air Terjun Mahua”, Jalan Patau, Tambunan. Gerenti You Guys tak menyesal punyalah.. Tempat tu memang cantik. Dah tu, sejuk pula.. Biarpun kat sana belum ada tempat penginapan, tapi sy rasa kalu camping lagi trill and enjoy.. Apa tidak, malam2 boleh buat unggun api kat luar kem.. Pas tu keliling api tu, ambik gitar teruuuuuus nyanyi ramai-ramai... Enjoooooooooooooooy....

Perjalanan ke Mahua tu pun, sekarang da berturap la..Dulu-dulu masa p kat sana, jalan tu masih lagi tanah liat..pernah juga keta kami terbabas sebab jalan licin. Tp sekarang, tak yah la risau..semua OK...

So, my friend..kalu ada perancangan nak p camping ke atau berkelah, jangan lupa singgah sebentar di ”AIR TERJUN MAHUA”.....

Monday, April 14, 2008

BAMBANGAN


Haaaa...Ni lagi satu jenis BOSOU yang dibuat daripada buah bambangan. Ni lagi sedap..emmmmm..kalu dicampur dengan cili padi..Fuyoooo...sedap wa cakap lu.. He..He..He...


Ni pun one of the favorite food for KadazanDusun..Makanan Wajib juga ni.. enak di makan begitu saja atau dicampur dengan nasi dan sayur-sayuran..Tp kalu sy, makan macam tu je pun sodaaaaaaap... Kalau makan buah tu ja pun ok ga.. Cecah dengan kicap + lada pun sedaaaap...


Bosou Bambangan ni di perap dengan bijinya sendiri (diparut).. Bijinya tu jadi bahan pengawet bagi mengelakkan bosou tu dari busuk dan basi..


Tapi bosou bambangan ni susah kadangkala nak cari sebab buahnya bermusim.. Kalu kena pada musimnya, memang banyak sangat. senang nak cari.. tp kalu bukan musim, keliling satu sabah pun belum tentu jumpa satu...




BOSOU




Ni adalah makanan tradisi kaum Kadazan Dusun..Ini dipanggil "BOSOU" dalam bahasa Dusun atau "JERUK" dalam bahasa Melayu.. Bosou nie dibuat dari nasi hasil campuran samaada ikan, udang, daging ataupun sayur-sayuran lalu dicampurkan dengan "PANGI" iaitu bahan pengawet untuk mengelakkan ianya dari menjadi basi dan busuk.


Actually, Bosou ni makanan wajib bagi saya and family..He..He..He.. Harus dan wajib ketika menjamah makanan terutama sekali bila berkumpul bersama seluruh ahli keluarga..Itu kami panggil "KERAMAIAN" atau "ARAMAI TIIIHH!!!".. He..He..He.. Biasanya Bosou yang paling Tip Top adalah Bosou Ikan dan Bosou Sayur iaitu isi batang pisang.. Sodap You...


Ada yang suka makan Bosou nie macam tu ja..Lahap je beb..tp ada yang suka, makan selepas ianya di goreng..jadi rasanya bertambah-tambah sedap...uiiii...berliur uda sa... Ha..Ha..Ha..


Pada sesiapa yang berminat untuk mencuba BOSOU ikan ka, sayur ka atau udang.. bolehlah cari di Tamu Donggongon, Pasar Donggongon dan di mana-mana pasar atau tamu la..


"Selamat Mencuba"...