Wednesday, December 17, 2008

Harley Davidson




" The Most Powerfull.. "





IMPIANKU DULU DAN KINI

Impianku dari dulu hingga kini....................................

Kalu suatu hari nanti, sy diberi peluang untuk memiliki motor idamanku ini, sy akan menjadi orang yang paling gembira sekali dan terasa dunia ini sy yang punya...ha..ha..ha... Tapi, itu ibarat angan-angan Mat Jenin... Sy tak dibenarkan membeli motor ini kerana my Hubby cakap "Bahaya".. So, takpe la... Sy kena respect my Hubby punya Order... :)

Semoga satu hari nanti, Tuhan akan kabulkan impianku ini... Amen.

Tuesday, December 16, 2008

SURAT PUTUS CINTA SI TIJAH...

Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur . Biasalah bila sudah duduk 'town', mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yg bermata biru.

Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya. Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya 'dicuri'

Mike....

I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she. You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three. So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me.

So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.


Safe walk..

Tijah

~ A REAL FRIENDS ~

A simple friend, when visiting, acts like a guest.


A real friend opens your refrigerator and helps himself and doesn't feel even the least bit weird


shutting your 'beer/Pepsi drawer' with his/her foot!

A simple friend has never seen you cry.

A real friend's shoulder is soggy from your tears..

A simple friend doesn't know your parents' first names.

A real friend has their phone numbers in his address book.

A simple friend brings a bottle of wine to your party.

A real friend comes early to help you cook and stays late to help you clean.

A simple friend hates it when you call after they've gone to bed.

A real friend asks you why you took so long to call.

A simple friend seeks to talk with you about your problems.

A real friend seeks to help you with your problems.

A simple friend wonders about your romantic history.

A real friend could blackmail you with it!

A simple friend thinks the friendship is over when you have an argument.!

A real friend calls you after you had a fight.

A simple friend expects you to always be there for them.

A real friend expects to always be there for you !..

Cerita Orang Kampung Pergi Bandar... Ha..Ha..Ha..


Pada satu hari di tahun 1960an ada satu perkampungan di Utara Malaya . Kampung ni tak dak bekalan karen dan ayaq. Kat kampung tu tinggailah satu keluarga yg miskin, Awang, dan mak dia, Cik Kiah. Menyedari depa ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak dia supaya belajaq betui-betui utk masa depan yang lebih vogue dan anggun. Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha dan kesabaran, Awang telah berjaya di dalam pelajaran. Dengan kelulusan yg ada, Awang telah berjaya dapat keja dengan gomen tapi masalah dia tempat keja dia tu kat Penang . Sayu gak hati dia nak tinggai Cik Kiah sorang sorang. yalah takut gak nanti org tackel mak dia..sapa susah ? dia gak nanti yg susah tak pasai pasai dapat bapak tiri...

"Mak, bolehkah Cek pi keja kat Penang tu?" kata Awang.
"Cek risaulah kat mak" sampuknya lagi.
"La, kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga diri mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat, hang pi lah,utk masa depan hang gak," balas maknya.
"Lagipun bukan senang o nak dapat keja dengan gomen, hang carilah satu kampung mana dapat, hang ni kira campian oo" kata maknya bangga.
"T.Q mak, Awang janji takkan lupakan mak, kalau free free tu Awang akan bawak mak pi sana " kata Awang janji kat mak dia.

Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Penang. Di sana gomen dah sediakan tempat tinggai (kuarters) utk dia. Berbeza dengan keadaan di kampung dia, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat kat kuartes dia duduk tu.

"Wah selesanya... Aku musti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit kesofisikated tempat ni" bisik Awang. Setelah sebulan di perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia. Balik bercuti la tu. Sampai saja di rumah, mak dia melompat lompat tengok anak dia dengan dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock la ni).
Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa berjumpak.

"Mak, siok la dok kat Penang , macam-macam ada. Mak tau dak kat sana kan ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca" kata Awang mengklentong mak dia.
"Apa dia? ayaq dalam besi, api dalam kaca? Awang oi hang bawak la mak pi tengok teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu" kata mak dia tergedik-gedik dan sungguh-sungguh.

Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang . Seronoknya Cik Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Penang sebelum ni. Dalam perjalanan macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni. Sesampai kat rumah tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang, ada radio, ada kusyen dll. Wah!! memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang, memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa. Proud la.. Cik Kiah dengan semua benda-benda tu.
"Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua org kampung" bisiknya.
"Eh Awang hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia ?" bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik.
"Ni ha dia api dalam kaca tu" sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah tu pun menyala.
"Eh baik-baik satni meletup pulak kaca tu" kata Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tapi terpesona.
"Eh dak aih mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca,la ni mak tak payah susah-susah pasang pelita bila malam," kata Awang meyakinkan mak dia.

Oh…kini tanda tanya Cik Kiah ttg api dalam kaca sudah terjawab.

"Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni" kataCik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah dll yang pasti akan terpegun den terkezutt nanti.
"Awang oi... tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak ?" kata Cik Kiah tak sabaq sabaq.
"Tu ha, ayaq dalam besi tu" tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam toilet rumah dia.
"Oh ayaq dok dalam besi ni, jadi takyah la mak susah susah cedok ayaq kat telaga noo ??" kata Cik Kiah semakin bangga. Bertambah lagilah modai nak klentong jiran jiran kampung dia nanti.
"Eh mak, Cek lapaq la, la ni Cek nak pi kedai sat beli makanan, mak dok sat, sat ni cek balik la", kata Awang.
"Tak pa la, pi lah, mak pun nak sembahyang ni" jawab Cik Kiah.
Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk saja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex aja.
"Ha, mak dah sembahyang ka ?" tanya Awang.
"Dah" jawab Cik Kiah. "Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau?" tanya Cik Kiah lagi.
"Telaga? mana ada telaga dalam rumah macam ni? kat kampung kita ada la" tanya Awang.
"Ni apa dia ? bukan ka tu telaga kecik ? cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payahla mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang.
La Usurpadora betul la mak ni... Awang seakan akan terpengsan bila mendengar penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam "telaga kecik tu" uwaaaaaaa......

Sunday, December 14, 2008

Suria KK

Wahai kawan-kawan...

Nie sy mo share saja ba nie.. Baru2 nie uncle sy suruh sy dengar radio channel 105.90.. ahahaha.. punya la siok.. C Otoh ba DJ dia... Khas untuk bumiputra sabah.. :) Enjoy sangatlah dengar dia punya celoteh.. hahahahahaha..nda pandai hilang ba senyuman dibibir sy.. Every morning 6am to 10am ja ba dia bersiaran langsung... kalu kawan2 dengar, memang nda rugilah.. sangat menyeronokkan dan sioklah ba.. susah mau cakap nie... lagu2 dia pun best2 lagi nie.. mix song ba.. :) so, kawan2 sekalian, jangan lupa kasi tiun itu radio di 105.9 pada setiap isnin hingga jumaat dari jam 6 pagi hingga 10 pagi...

Christmas Is Coming...

Christmas is coming.. On the way da orang cakap..He..he..he...
Tak sabar rasanya nak berkumpul satu family..Pas tu mau celebrate lagi Tahun Baru 2009.. Then say good bye sama 2008 yang banyak meninggalkan cerita2 pahit, manis dan tawar pada diri sy.. But, apapun, syukur kepada Tuhan kerana masih memberikan peluang kepada sy dan keluarga terutamanya pada anak-anak sy untuk terus hidup memperjuangkan impian masing-masing ke tahun 2009.
Semoga selepas ini, kehidupan akan bertambah baik dan terus baik dengan peningkatan yang terus meningkat.. Untuk anak-anak sy, semoga terus berjaya dalam pelajaran (of course).. itulah harapan ibu kepada anak-anak..
Rasanya christmas nie entah apa mau bagi sm anak-anak and family... eeemmm... takkan masih sama dengan last year kan??? tp nenek bilang, yang penting ikhlas... :)
Kepada semua teman-teman yang akan merayakan Hari Natal yang bakal menjelang.. I just want to wish you all "Merry Christmas & God Bless U all..Always.."

Wednesday, December 10, 2008

A Roses For Eedany...


Bunga Ros nie sy petik khas untuk c Eedany sebabkan dia bilang dia suuuuukaaaa bunga ros.. Jadi sy cari-cari di halaman asmara, inilah yang sedang mengambang bah.. Jadi inilah yang sy bagi sama eedany.. Yang lain belum lagi berkembang.. tunggulah, nnti sy petik lagi banyak2 untuk eedany dan pada siapa2 yang mau ya....


P/S : Eedany..I hope u like it... :)

Ini Laaaagi CUTE...



Eeeeeeehaaaaaa.... ba, ini lagi cute... nanti sy mo beli nie bagi sama sy punya Starring... Dia suka bah kunun nie kalu kuda.. Sy tanya dia, ko mau jadi koboi ka, trus dia blg "nda maulah, mummy..emmm..sy mau jadi pulis"... Mana-mana ja la, yang penting sebagai ibu bapa, kita doakan yang terbaik untuk anak-anak..

Cute...



Cute kan????.... Suka ka kamu melihat kunun nie patung sy nie... Itu yang Jipun punya amoi baru kiut kan... Control kiut...

Thursday, December 4, 2008

MAWAR....


Wednesday, December 3, 2008

The One And Only...

Baru-baru nie, me & family pergi ke Kundasang Ranau.. Saja la nak jalan-jalan dengan anak2.. Time-time cuti sekolah nie, ada baiknya kita bawa anak-anak (bagi yang berkeluarga..he..he..) jalan-jalan..sebab bukan selalu juga bawa dorang nie.. Kadang-kadang di rumah pun, kesian juga kan.. anak-anak asyik2 tengok tv..main lompat sana, lompat sini..So, terpikirlah nak bawa dorang nie jalan2...


Kami bertolak ke Kundasang tu awal pagi.. sampai araound 9 pagi.. alahai..anak2ku muntah lagi dalam kereta. nasiblah juga ada disediakan plastik bag..kesian juga tengok muka anak2 da kuyu and layu tapi semangat tetap ada..

Sebab utama kami p kat Kundasang nie, coz anak2 sy nak sgt tengok GUNUNG KINABALU. So, bagilah peluang untuk dorang tengok..mana tau, besok2 dorang naik pla gunung tu..ha..ha..ha.. bila sampai kat kundasang, naaaahhhh...semangat anak2 sy tu, susahlah nak cerita.. terlonjak2 nampak gunung depan mata dorang...tp kesianlah juga..setakat tengok je...

Inilah beberapa gambar yang sempat dirakamkan untuk kenangan anak2 sy.. dorang kata, nak print besar2, and pas tu frame kat rumah..ha..ha..ha... lucu juga la dorang nie..








Haiiiiii.... it's been a long time, sy tak update my blog...

Bukannya apa... connection IT takda.. Ha..ha..ha.. Terseksa juga jiwa dan raga kerana tak dapat update latest new... dah hampir 6 bulan nie sy tak review this blog.. bangas da..kalu makanan, da basi orang blg...

But, sy nak say thaks for yg sudi masuk and singgah sebentar melayari blog ini.. thanks very2 much...

Skrg nie, da hampir hujung tahun 2008 dan 2009 bakal menjelang tiba... cepat rasanya masa berlalu.. :(

Wednesday, June 18, 2008

IM SO SORRY...

Salam Pagi Kepada Semua Kawan-Kawanku Yang Lama Tidak Kulawati..

1st of all, minta maaf sebab lama tidak update my BLOG… Ha..Ha..Ha.. U know Y.. Sy terlalu sibuk kebelakangan ini.. Baru-baru ni, sy pergi KURSUS di FRASER HILL, Pahang.. Siok la.. Tapi nantilah sy share gambar-gambar dengan kawan-kawanku.. Sy masih menanti lagi tu kepingan gambar sampai ke tangan sy nie..

Sedar tak sedar.. Dah masuk pertengahan TAHUN 2008.. Tp kegawatan hidup kian terasa sebab semua pun dah NAIK.. Minyak specially dah naik.. Sengsara betullah rasanya.. Rasanya, tak lama lagi minyak akan naik harga lagi.. itulah ura-ura yang sy dengar.. Huh... kalu macam nie..kerja penat, gaji kalu setakat ratus2 pun rasanya tak cukup tau.. kena buat side income la gamaknya... Lgpun, kerajaan pun support juga kalu nak buat bisnes..He..He..He...

So, my fren..kawan-kawanku.. sy akan kembali tak lama lagi untuk share cerita-cerita yang macam-macamlah.. Cuma sekarang nie, bahan sy tak cukup untuk dimasukkan ke dalam BLOG..

Chow...

Wednesday, April 30, 2008

Awet Muda Dengan Ulam Pegaga

Rasanya kengkawan semua kenal dengan tumbuhan nie kan?? Sebabnya, ianya senang dijumpai.. Kadang-kadang tumbuh kat halaman rumah dengan sendiri..

Kalu yang tak tau tu, inilah PEGAGA.. Banyak khasiat pegaga nie.. Dulu, sy selalu cabut tumbuhan nie..sebab banyak sangat kat laman rumah.. Tumbuh merimbun pla tu.. Sedang syok2 sy mencabutnya, tiba-tiba sy disergah oleh my mother.. Alamak... teeerkejut beruk beb.. Pas tu dia marah la pla.. siap dengan leter dia sebab sy memusnahkan kawasan tumbuhan pegaga.. mana la sy tau kan.. masa tu umur baru 10 tahun.. ha..ha..ha.. padan muka sy.. Lepas ditengking tu, muka sy nie tak tau malu, pi la menyibuk kat my mother.. tanya apasal dia mengamuk tak tentu pasal sebab PEGAGA tu.. lepas dia cerita, aduiii, baru ler sy paham.. Tak tanya, mana kita tau kan...

My mother say, pegaga nie sejenis ulam.. Ianya baik untuk kesihatan dalaman terutamanya WANITA…. Jadi wanita-wanita diluar sana, sudi2lah share resipi ini untuk kebaikan bersama… Nak dijadikan cerita, sy pun belajarlah dari my mother cara buat ulam pegaga.. Mula2, sy petiklah daun-daun pegaga yang segar bugar nie.. paling baik, kita petik diwaktu pagi sebelum matahari terbit sebab masa tu, khasiatnya masih tinggi.. Lepas tu, sy cuci bersih dengan air…pastikan takda benda-benda asing tau.. Lepas tu, sy potong mengikut rasa.. sedap mata memandang, sedap lagi kita menelan.. itu, bagi sy la.. He..he..

Lepas di potong mengikut citarasa, sy pun hiris limau dan perah ke atas pegaga tu... kalu yang suka berkuah tu, boleh la perah banyak sikit.. pas tu, sy bubuh belacan dan perisa secukup rasa.. kalu nak pedas, bolehlah tambah cili padi.. tp tak eloklah kalu pedas sebab khasiat tu hilang.. itu kata my mother tau.. Siap sy proses pegaga nie, sy pun get ready nak makan.. mula2 makan tu memang rasa lain sket.. alahai...nak tekeluar pun ada juga tp lama-lama aiikksss..jadi sedaplah pula... maka, menjadi kewajipan sy setiap pagi mencari daun pegaga untuk ulam...

Kebaikannya pegaga nie boleh mencantikkan kulit menjadi mulus dan halus.. selain daripada tu, ianya membantu pengaliran darah kita menjadi lebih lancar..Yang paling penting, ianya membantu awet muda.. kalau kita rajin mengamalkan memakan ulam nie..nescaya menjamin kita kelihatan muda dari umur sebenar...

Well kengkawan semua.. Jgn tak cuba..

Tuesday, April 29, 2008

Langsat VS Tarap

Ok kengkawan…Arie nie sy nak promote dua jenis buah tempatan yang paling sy gilai dan minati..favorite la katakan.. sebabnya the Taste and the smell..uiiii..very the menusuk jiwa…Dulu, masa kecil, sy makan buah langsat nie langsung dengan bijinya sekali..bila da makan dengan bijinya..terkebil-kebillah mata sy..sebabnya..uiiii..pait ba.. ha..ha..ha… dah, gelojoh namanya kan… bila da besar sikit, baru la pandai nak asingkan biji dengan isinya..then baru terasa betapa sedapnya buah langsat… tp ada kalanya, sy telan juga biji tu sekali dengan isinya..ha..ha..ha.. itu nak buat ekperimen..samaada, biji tu tumbuh atau tidak kat perut kita…ha..ha..haa

Selain isinya, biji buah langsat nie actually boleh dibuat ubat.. itu petua nenek sy..Cuma masalahnya, sy belum mendapatkan resipi penuh untuk buat ramuan tu.. kata nenek, biji yang telah dijemur dan dibakar, boleh mengubat sakit perut..atau gastrik..tp itulah, tak tau camna nak buat.. takpelah, next week, sy plg kampong nanti sy Tanya la nenek sy..nnti baru share ngan kengkawan semua…

Lagilah kalu buah yang satu lagi nie… Buah tarap… baunya saja boleh gegar sekampung..he..he..he.. sy cakap macam tu sebab, macamna kita sembunyikan buah nie pun, bau dia masih boleh dihidu..macam durianlah.. kalu bawa naik kapal, gerenti kena tahan pnyalah.. sy suka bau buah tarap yang masak dan sedang-sedang masak sebab, harum semerbak dan mengundang perut lapar berkeroncong…

Kadangkala, silap haribulan, kalu makan buah nie, boleh tertelan juga bijinya..sebab isinya tu licin..kena pandai pegang dan picitlah kata orang-orang tua… itulah, pesan nenek masa sy mula-mula makan buah nie…

Lepas sy kenyang makan isinya..bijinya pula sy goring hingga laposan kulit biji terbakar tp bukan hangus ya.. bila da naik bau, boleh la diangkat dan disejukkan sebentar… lepas tu bila kita picit biji yang dimasak tu, automatic kulitnya akan terbuka dan kita bolehlah makan biji yang dah masak.. sedap I tell you… macam makan kacang je rasanya…

Biasanya sy duduk depan tv menontong wayang kegemaran sambil menguyah biji tarap yang telah digoreng tadi…

So, kengkawan semua… jgn lepaskan peluang untuk mencuba ya.. tidak lama lagi, musim buah akan menjelma so rajin-rajinlah berjalan ke tamu-tamu atau pasar-pasar yang ada di Sabah...

Monday, April 28, 2008

Maaf Di Pinta....

Hai kawan-kawan... Firstly, sy nak minta maaf sbb lama tak update blog nie.. Sorry yek.. Sibuk ba sy.. Bnyak kerja mau di update dan di follow up.. Nanti kalu ndak siap, sy mati la kana tiaw itu boss besar... Ha..Ha..Ha..

But, Neway, kepada yang sudi masuk blog sy nie, sy betul2 nak say thank you.. yang drop comment tu pun tidak dilupakan..

Thursday, April 17, 2008

Jom DOWNLOAD Lagu... Best..

Hai Kawan-Kawan..

Kalu minat nak download lagu tu, apa kata, klik link kat bawah nie.. Pas tu, create akaun and bolehlah download lagu yang kita nak.. Video klip pun ada.. Yang bestnya, kat sini pun ada game juga tau.. Itu bagi mereka yang berminat nak main game untuk release tension.. Percayalah..Macam-macam adaaaaaaaaaaaaa bah...

Jom Bersama Moin..

Selamat pagi kawan-kawan.. hari ini, saya mahu memperkenalkan adik angkat saya. Namanya Moin, berasal dari Pahang..Dia ni kalu nak tau….. masih available @ bujang..Dia bilang “jom la, berkenalan dengan dia melalui emailnya moin_modern@yahoo.com .. Dia baru sahaja bertugas di Sabah pada bulan November 2007 dan merupakan kali pertama ke Sabah, Negeri Dibawah Bayulah katakan… He’s very charming & friendly. Let know him better…….

Ini adalah post dia semasa berkelah di Sungai Moyog, Penampang. Dia dah dua kali datang berkelah di sana. Katanya, tempat tu best, bersih, airnya yang jernih ditambah lagi dengan pemandangan alam semulajadi yang indah... Orang tua-tua kata, sejuk mata memandang...

Di bawah ini gambar-gambarnya berkelah bersama-sama rakan-rakannya...

Emm en moin, tengah mengenang saham naik ke jatuh tu?

Puas mandi manda, perut pun da berkeroncong... Tp eh, makanan belum ready??? Alamak.... Mandi lagi la...


Emm..Geramnya.. Aku menari JOGET PAHANG sementara menunggu makanan ready... Jom la, join sekali..






Wednesday, April 16, 2008

---> Air Terjun MAHUA <------

Selamat petang semuaaaaa… petang-petang macam nie, jangan stresskan diri ya.. Kalu pening kepala, pejam mata, tarik nafas dan hembus perlahan-lahan... Rehatkan diri 5 minit sekurang-kurangnya...

Cerita pasal stress nie, pada sesiapa yang berminat nak rileks dan camping kat hutan.. Sy nak suggest u guys p kat ”Air Terjun Mahua”, Jalan Patau, Tambunan. Gerenti You Guys tak menyesal punyalah.. Tempat tu memang cantik. Dah tu, sejuk pula.. Biarpun kat sana belum ada tempat penginapan, tapi sy rasa kalu camping lagi trill and enjoy.. Apa tidak, malam2 boleh buat unggun api kat luar kem.. Pas tu keliling api tu, ambik gitar teruuuuuus nyanyi ramai-ramai... Enjoooooooooooooooy....

Perjalanan ke Mahua tu pun, sekarang da berturap la..Dulu-dulu masa p kat sana, jalan tu masih lagi tanah liat..pernah juga keta kami terbabas sebab jalan licin. Tp sekarang, tak yah la risau..semua OK...

So, my friend..kalu ada perancangan nak p camping ke atau berkelah, jangan lupa singgah sebentar di ”AIR TERJUN MAHUA”.....

Monday, April 14, 2008

BAMBANGAN


Haaaa...Ni lagi satu jenis BOSOU yang dibuat daripada buah bambangan. Ni lagi sedap..emmmmm..kalu dicampur dengan cili padi..Fuyoooo...sedap wa cakap lu.. He..He..He...


Ni pun one of the favorite food for KadazanDusun..Makanan Wajib juga ni.. enak di makan begitu saja atau dicampur dengan nasi dan sayur-sayuran..Tp kalu sy, makan macam tu je pun sodaaaaaaap... Kalau makan buah tu ja pun ok ga.. Cecah dengan kicap + lada pun sedaaaap...


Bosou Bambangan ni di perap dengan bijinya sendiri (diparut).. Bijinya tu jadi bahan pengawet bagi mengelakkan bosou tu dari busuk dan basi..


Tapi bosou bambangan ni susah kadangkala nak cari sebab buahnya bermusim.. Kalu kena pada musimnya, memang banyak sangat. senang nak cari.. tp kalu bukan musim, keliling satu sabah pun belum tentu jumpa satu...




BOSOU




Ni adalah makanan tradisi kaum Kadazan Dusun..Ini dipanggil "BOSOU" dalam bahasa Dusun atau "JERUK" dalam bahasa Melayu.. Bosou nie dibuat dari nasi hasil campuran samaada ikan, udang, daging ataupun sayur-sayuran lalu dicampurkan dengan "PANGI" iaitu bahan pengawet untuk mengelakkan ianya dari menjadi basi dan busuk.


Actually, Bosou ni makanan wajib bagi saya and family..He..He..He.. Harus dan wajib ketika menjamah makanan terutama sekali bila berkumpul bersama seluruh ahli keluarga..Itu kami panggil "KERAMAIAN" atau "ARAMAI TIIIHH!!!".. He..He..He.. Biasanya Bosou yang paling Tip Top adalah Bosou Ikan dan Bosou Sayur iaitu isi batang pisang.. Sodap You...


Ada yang suka makan Bosou nie macam tu ja..Lahap je beb..tp ada yang suka, makan selepas ianya di goreng..jadi rasanya bertambah-tambah sedap...uiiii...berliur uda sa... Ha..Ha..Ha..


Pada sesiapa yang berminat untuk mencuba BOSOU ikan ka, sayur ka atau udang.. bolehlah cari di Tamu Donggongon, Pasar Donggongon dan di mana-mana pasar atau tamu la..


"Selamat Mencuba"...

Thursday, April 10, 2008

Buah Salak


Sebelum close diary untuk ari nie, sy nak share makanan kegemaran sy...Emmmm..sapa yang kenal buah nie???
Haaa..Inilah dia Buah Salak...Seeeeeeedap sangat..Kalu makan nie, sy tak leh nak stop until habis..he..he..he...
Buah nie, senang dapat kat area Sandakan.. Kalu musim, murah ja tp kalu bukan musim, nak fikir dua kali juga nak beli..Tp favorite punya pasal..mahal tu belakang kira... :)

Wednesday, April 9, 2008

SS-3

Haaa...inilah my favorite scene...bekaras lagi kaki sy ba..macam sy pula yang bawa tu keta.. ha..ha.ha..ha...tp ni keta memang power la.. tingu ja tu tayar lipan tu, masih baru bah... koman2 pun dia beli tu tayar, paling murah dalam sejarah pun RM900 sebiji..

Memang mahal part2 keta nie..kalu modify lagi tp kalu MENANG, berbaloi baah.. dapat tayar lipan freee lagi..dengan enjin oil sekali..lain lagi dapat duit ribu-ribu.. kalu mau menang, mesti keta TIP TOP condition...bukan itu saja, driver dengan core-driver pun mesti TIP TOP juga... kalu begagar-gagar lagi kan, alaaah, buka ja tu Carlsberg ba...hahahahahaha....

Uiii naa..ajaran sesat pula nie..issh...tida ba...yang penting hati mesti mau cekal, berani dan semangat..jangan lupa kita punya kata-kata hikmah dalam perjuangan... "Berpantang Ajal Sebelum Maut"... mmmm..betul ba tu... :)

SS-2


Naah...tingula nie keta ba.. bukan senang mau naik ni bukit tau.. dengan di halang kayu balak yang mereput..ha..ha..ha.. biarpun keta besar, dengan tayar lipan tp kalu skill tu tiada, memang keta tu akan sangkut smpai bisuk pagi..
Inilah masanya, kewibawaan seorang pemandu akan dilihat...Chewaaaah...aiii..tp betul ba nie... walapun keta dia nie kan yang tidak attractive kunun tp sekali timbak ja, naaahhh sudaaah naik di atas ba.. tp sy teda video Cam ba...nnti la sa beli dulu...
Halangan untuk 4-Wheel semasa Jamboree nie memang uiiii naaa..susah mau cakap.. kalu sy kali yang bawa tu keta, entah dapat naik ka inda...tp yang pasti, mesti mau cuba maaah.. belum cuba belum tau..berpantang ajal sebelum maut... :)

SS-1

4X4 challenge ni pentingkan "teamwork".. Driver dengan Core-Driver kena sehati sejiwa.. Hah, kalu tak, nescaya masa lebih...tup..tup..dpt best of 20 pla.. tp memang enjoy sangat kalu join this club..tak boring la..wa cakap lu..

At the same time juga, kita dapat melawat tempat2 yang tak pernah kita p..mcm sy, inilah 1st time sy p di Kimanis nie..ha..ha..ha.. nama ja org sabah kunun nie..tp belum pun teroka satu Sabah..He..he..he... (jan marah aahh...)

Sy paling suka tengok design keta dorang nie..bayangkanlah, dari Jepun pun ada yang join this challege..tp memang, keta Jepun tak da yang boleh kasi kalah..sudahlah sporty habis, power gila lagi.. aduiiii...telan air liur ja la..

Time nie, sy bertugas di bahagian pengurusan hadiah ja...tp masa challenge tu, sy p juga tengok..dengar tu keta mengaum ngaum, aiiyaaa...itu hati inda dapat tahan ba.. mau juga p tingu...

Jamboree 4X4 2005

Ari nie, sy nak story pasal Jamboree 4X4 2005. Masa tu, baru genap sy join the club..mmmm..memang excited gila la nak p Jamboree.. Almaklumlah, 1st time.. Time tu, Jamboree di Kimanis Papar..4 hari 3 malam kita orang berkhemah dekat hutan simpan..ha..ha..ha..ha.. tp yang bestnye, sy dpt pot yang baik untuk buat khemah..

Tuesday, April 8, 2008

Gunung Kinabalu Kebanggaan Kami Di Sabah




Gunung Kinabalu terletak di Sabah
, Malaysia. Ia mempunyai ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut dan merupakan gunung ke-3 tertinggi di Asia Tenggara.
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

Macam-Macam Ada Baah...

Bah, marilah kita enjoy-enjoy melihat keunikan di Sabah Kunun... Kalu suka atau tidak suka, kasi komen saja...

Siapa yang ada gambar siok, gambar unik ka, cerita rakyat ka, cerita cinta ka dan apa-apa aje la, sudi-sudikanlah kasi share di sini kio...